1. Kemudian Ayub menjawab,
2. “Ya, aku telah mendengar semuanya dahulu.Tetapi bagaimanakah manusia boleh menang dalam perkaranya terhadap Allah?
3. Bagaimanakah orang boleh berbantah dengan Dia?Seribu soalan boleh diajukan oleh Allah,tetapi satu pun tidak dapat dijawab oleh sesiapa.
4. Allah amat bijak dan berkuasasehingga tiada seorang pun dapat menentang Dia.
5. Dia memindahkan gunung dengan tiba-tiba,dan memusnahkannya ketika murka.
21-22. Aku tidak bersalah, tetapi sekarang aku tidak peduli.Aku bosan hidup. Tidak ada yang penting lagi.Sama ada kita benar atau salah,Allah akan membinasakan kita.
27-28. Jika aku tersenyum dan cuba melupakan derita,segala dukaku kembali memburu aku;aku tahu bahawa Allah menyalahkan aku.