1. Hidup manusia itu seperti kerja paksa;hidupnya susah seperti hidup buruh kasar,
2. seperti hamba yang merindukan tempat teduh;seperti pekerja yang menantikan upah.
3. Berbulan-bulan kehidupanku hampa;tiap-tiap malam aku berduka.
4. Semasa aku tidur, waktu berjalan sangat perlahan;aku rindu akan subuh dan berkalih tidur sepanjang malam.
5. Tubuhku penuh dengan cacing dan keruping;kulitku luka dan mengeluarkan nanah.
6. Hidupku berlalu tanpa harapan,berlalu lebih laju daripada penenun menjalankan sekoci.
7. Ingatlah, ya Allah, hidupku bagaikan hembusan nafas;kebahagiaanku berakhir tanpa bekas.
8. Engkau melihat aku sekarang, tetapi Engkau tidak akan melihat aku lagi.Jika nanti Engkau mencari aku, aku sudah tiada lagi.
11. Tidak! Aku tidak dapat berdiam.Rasa marah dan sakit hati tidak dapat aku pendam.Aku mesti membuka mulutku,dan mencurahkan isi hatiku.
12. Mengapakah Engkau mengawal aku?Adakah aku berbahaya seperti naga laut?
13. Aku berbaring dan cuba berehatuntuk melegakan kesakitanku.
14. Tetapi Engkau menakutkan aku dengan mimpi,dan mengerikan aku dengan penglihatan,
15. sehingga aku lebih suka dicekik lalu matidaripada hidup dalam tubuh penuh derita ini.