Ayub 6:9-14 Alkitab Berita Baik (BM)

9. Kalaulah Allah berkenan meremukkan aku,kalaulah Dia bertindak dan membunuh aku,

10. aku akan melompat keriangan,walaupun aku sangat kesakitan.Aku tahu bahawa Allah suci adanya;aku tidak pernah membantah perintah-Nya.

11. Apa kekuatanku untuk terus hidup?Mengapa terus hidup jika aku tidak mempunyai harapan?

12. Adakah badanku sekuat batu?Adakah tubuhku daripada gangsa?

13. Aku tiada tenaga lagi untuk menyelamatkan diriku;tiada pertolongan lagi bagiku.

14. Pada waktu kesusahan seperti ini, aku memerlukan sahabat yang sejati,sama ada aku masih setia kepada Allah atau telah meninggalkan Dia.

Ayub 6