Ayub 6:16-28 Alkitab Berita Baik (BM)

16. Kamu seperti sungai yang diam dan beku,yang tertutup dengan salji dan air batu.

17. Apabila musim panas tiba, salji dan air batu hilang tanpa bekas;dan dasar anak sungai menjadi kering dan tandus.

18. Kafilah sesat semasa mencari air;mereka mengembara dan mati di padang pasir.

19. Kafilah dari Syeba dan Temadatang mencari air itu dan mengharapkannya.

20. Tetapi harapan mereka hilangdi tepi anak sungai yang kering.

21. Bagiku, kamu seperti anak sungai itu;kamu takut apabila melihat deritaku.

22. Adakah aku minta hadiah daripada kamu,ataupun menyuruh kamu menyuap orang demi kepentinganku?

23. Adakah aku minta diselamatkandaripada musuh yang tidak berbelas kasihan?

24. Baiklah, ajarlah aku dan tunjukkanlah kesalahanku.Aku akan diam dan mendengarkan kamu.

25. Kata-kata yang tulus meyakinkan,tetapi kamu mengatakan yang bukan-bukan.

26. Kamu berfikir bahawa aku bercakap kosong sahaja;jika demikian mengapa kamu menegur aku yang sudah putus asa?

27. Kamu bersedia bertaruh untuk menentukan nasib yatim piatu,dan kamu mencurangi sahabat karib untuk menjadi kaya.

28. Pandanglah mukaku.Aku tidak membohongi kamu.

Ayub 6