10. aku akan melompat keriangan,walaupun aku sangat kesakitan.Aku tahu bahawa Allah suci adanya;aku tidak pernah membantah perintah-Nya.
11. Apa kekuatanku untuk terus hidup?Mengapa terus hidup jika aku tidak mempunyai harapan?
12. Adakah badanku sekuat batu?Adakah tubuhku daripada gangsa?
13. Aku tiada tenaga lagi untuk menyelamatkan diriku;tiada pertolongan lagi bagiku.
14. Pada waktu kesusahan seperti ini, aku memerlukan sahabat yang sejati,sama ada aku masih setia kepada Allah atau telah meninggalkan Dia.
15. Tetapi kamu, sahabat-sahabatku, tidak dapat dipercayai,seperti anak sungai yang kering apabila hujan tidak kunjung tiba.
16. Kamu seperti sungai yang diam dan beku,yang tertutup dengan salji dan air batu.