Ayub 5:1-11 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Berserulah, Ayub. Adakah sesiapa yang memberikan jawapan?Adakah malaikat yang dapat engkau minta bantuan?

2. Orang bodoh mati kerana sakit hati,orang bebal mati kerana iri hati.

3. Aku pernah nampak orang bodoh yang kelihatan selamat,tetapi dengan serta-merta aku mengutuk tempat tinggal mereka.

4. Anak-anak mereka tidak selamat;tiada orang membela mereka di mahkamah.

5. Orang yang lapar makan hasil tanaman orang bodohbahkan gandum yang ditengah belukar;dan orang yang haus hartamengidamkan kekayaan orang bodoh.

6. Kejahatan tidak muncul dari tanah,kesusahan tidak timbul dari bumi.

7. Manusia sendirilah yang mendatangkan kesusahan pada diri mereka,seperti bunga api yang berterbangan daripada api.

8. Andaikata aku dalam keadaanmu,kepada Allah aku akan berseru,kepada-Nya aku akan mengadu,dan menyerahkan perkaraku.

9. Kita tidak dapat memahami perbuatan besar Allah,dan mukjizat-Nya tidak terkira.

10. Dia mencurahkan hujan ke tanahdan menyiram ladang hingga basah.

11. Memang Allah yang meninggikan orang hina,dan membahagiakan orang susah.

Ayub 5