Ayub 42:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Kemudian Ayub menjawab TUHAN,

2. “Aku tahu, ya TUHAN, bahawa Engkau dapat melakukan segala sesuatu;Engkau dapat melakukan apa sahaja.

3. Engkau bertanya sebabnya aku berani mempersoalkan hikmat-Mu,padahal aku tidak tahu apa-apa.Aku bercakap tentang perkara yang tidak aku mengerti,mengenai hal-hal yang terlalu ajaib bagiku ini.

4. Engkau menyuruh aku mendengar ketika Engkau berfirman,dan memberikan jawapan apabila Engkau bertanya.

5. Dahulu aku hanya mendengar tentang Engkau,tetapi kini aku sendiri melihat Engkau.

Ayub 42