Ayub 41:16-32 Alkitab Berita Baik (BM)

16. Tindih-menindih, terikat eratsehingga angin pun tidak dapat masuk meresap.

17. Semuanya terlekat dengan sempurnasehingga tidak dapat dipisahkan.

18. Cahaya berkilau apabila Lewiatan bersin,dan matanya bersinar seperti matahari yang terbit.

19. Api keluar dari mulutnya,dan bunga api berterbangan.

20. Asap berkepul-kepul keluar dari hidungnya,seperti periuk yang dipanaskan sehingga isinya mendidih.

21. Nafasnya menyalakan bara;api keluar dari mulutnya.

22. Lehernya sangat kuat,sehingga orang yang menemuinya takut.

23. Tiada bahagian yang lemah pada kulitnya;kulitnya keras dan tidak mungkin pecah.

24. Hatinya seteguh batu, tidak kenal ketakutan,dan keras seperti batu kisaran.

25. Apabila Lewiatan bangun, orang terkuat pun hilang keberanian;mereka tidak berdaya kerana sangat ketakutan.

26. Tiada pedang yang dapat mencederakannya;tiada tombak, panah, atau lembing dapat melukakannya.

27. Besi dianggapnya seperti jerami,dan gangsa seperti kayu reput.

28. Tiada panah yang dapat membuatnya lari;batu yang dilemparkan kepadanya, seperti serpihan jerami.

29. Belantan dianggapnya seperti rumput kering,dan Lewiatan tertawa apabila orang melemparkan lembing.

30. Sisik pada perutnya seperti tembikar yang kasar dan tajam,seperti alat pengirik yang mengorek lumpur.

31. Laut dikacaunya sehingga menyerupai air mendidih,dan seperti minyak yang berbuih-buih di dalam periuk.

32. Ditinggalkannya jejak yang bercahaya,laut diubahnya menjadi buih yang putih warnanya.

Ayub 41