Ayub 40:8-13 Alkitab Berita Baik (BM)

8. Adakah engkau cuba membuktikan bahawa Aku tidak adil,dan menyalahkan Aku dengan membenarkan dirimu?

9. Adakah engkau sekuat Aku?Bolehkah suaramu mengguntur sekuat suara-Ku?

10. Jika demikian, bangkitlah dengan hormat dan megah;selubungilah dirimu dengan kebesaran dan kemuliaan.

11. Perhatikanlah orang yang sombong;curahkanlah kemarahanmu dan hinakanlah mereka.

12. Ya, pandanglah orang yang sombong dan tundukkanlah mereka;hancurkanlah orang jahat sekarang juga.

13. Kuburkanlah mereka semua di dalam tanah;kurunglah mereka di dunia orang mati.

Ayub 40