Ayub 40:14-23 Alkitab Berita Baik (BM)

14. Lalu engkau akan Kupuji,kerana engkau telah menang dengan usahamu sendiri.

15. Perhatikanlah Behemot, makhluk raksasa itu,yang juga ciptaan-Ku, seperti engkau.Behemot makan rumput seperti lembu,

16. tetapi perhatikanlah tenaga pada badannya,dan kekuatan pada ototnya.

17. Ekornya tegak seperti pokok sedar,dan otot di kakinya sangat kuat.

18. Tulangnya kuat seperti gangsa,dan kakinya umpama batang besi.

19. Itulah makhluk yang paling menakjubkan antara segala ciptaan Allah.Behemot hanya dapat dikalahkan oleh Penciptanya.

20. Di gunung tempat haiwan buas bermain,rumput tumbuh untuk memberinya makanan.

21. Makhluk itu berbaring di bawah belukar berduri,dan bersembunyi di antara gelagah di paya.

22. Belukar berduri dan pokok gandarusa di tepi anak sungaimemberi tempat teduh kepadanya.

23. Arus Sungai Yordan yang deras tidak ditakutinya,air yang memukul mukanya dihadapinya dengan tenang sahaja.

Ayub 40