Ayub 4:6-14 Alkitab Berita Baik (BM)

6. Bukankah engkau beribadat kepada Allah;bukankah hidupmu tanpa cela?Jika begitu, sepatutnyaengkau yakin dan tidak putus asa.

7. Fikirlah, pernahkah orang yang tidak bersalahditimpa bencana dan celaka?

8. Aku pernah melihat orang membajak ladang kejahatan,dan menabur benih kekejian, lalu menuai celaka dan kesusahan.

9. Seperti ribut, Allah memusnahkan mereka,dengan kemurkaan-Nya mereka binasa.

10. Seperti singa yang garang,orang jahat mengaum dan meraung;tetapi Allah membungkam merekadan mematahkan gigi mereka.

11. Mereka mati seperti singa yang kekurangan makan,sehingga anak-anak mereka tercerai-cerai tak keruan.

12. Sesuatu pernah sampai kepadakuseperti bisikan di telingaku.

13. Tidurku terganggu dan terusikseperti mendapat mimpi yang buruk.

14. Aku menggeletar dan gementar,seluruh tubuhku menggigil kerana gentar.

Ayub 4