Ayub 39:6-16 Alkitab Berita Baik (BM)

6. Akulah yang memberikan gurun kepada keldai liar sebagai kediamannya,dan padang garam untuk tempat tinggalnya.

7. Keldai liar menjauhi kota yang riuh-rendah,dan tidak boleh dijinakkan untuk membuat kerja.

8. Padang rumput di gunung ialah tempat makanannya,di situ tumbuhan hijau dicarinya.

9. Mahukah lembu liar bekerja untukmu,atau rela bermalam di dalam kandang ternakmu?

10. Dapatkah lembu liar diikat dan dipaksa membajak untukmu,atau digunakan untuk menggaru ladangmu?

11. Dapatkah engkau bergantung kepada tenaga lembu liar yang kuatdan mengharapkannya membuat kerjamu yang berat?

12. Adakah engkau mengharapkan lembu liar untuk mengumpulkan tuaian,dan membawa hasil tanamanmu ke tempat mengirik?

13. Sungguh cepat kepakan sayap burung unta!Tetapi burung unta tidak dapat terbang seperti burung bangau.

14. Burung unta bertelur di tanah lalu meninggalkannya,dan pasir memanaskan telurnya.

15. Burung unta tidak sedar bahawa mungkin orang memijak telurnya,ataupun binatang liar memecahkan telurnya.

16. Burung unta bertindak seolah-olah telur itu bukan kepunyaannya,dan tidak peduli bahawa usahanya sia-sia sahaja.

Ayub 39