12. Adakah engkau mengharapkan lembu liar untuk mengumpulkan tuaian,dan membawa hasil tanamanmu ke tempat mengirik?
13. Sungguh cepat kepakan sayap burung unta!Tetapi burung unta tidak dapat terbang seperti burung bangau.
14. Burung unta bertelur di tanah lalu meninggalkannya,dan pasir memanaskan telurnya.
15. Burung unta tidak sedar bahawa mungkin orang memijak telurnya,ataupun binatang liar memecahkan telurnya.
16. Burung unta bertindak seolah-olah telur itu bukan kepunyaannya,dan tidak peduli bahawa usahanya sia-sia sahaja.
17. Akulah yang membuat burung unta bodoh dan bebal,dan Aku tidak memberinya hikmat dan akal.
18. Tetapi apabila burung unta berlari dengan kencang,maka kalahlah kuda serta penunggang.
19. Hai Ayub, engkaukah yang memberikan tenaga kepada kuda,dan menjadikan surai yang melambai-lambai pada tengkuknya?
20. Engkaukah yang menyuruh kuda melompat seperti belalangdan dengan dengusnya menakutkan orang?
21. Kuda menghentak tanah di lembah dengan gembira,dan meluru ke medan pertempuran dengan sepenuh tenaga.
22. Kuda tidak tahu ertinya takut,dan tidak dapat diundurkan dengan pedang.
23. Senjata yang dibawa penunggangnyagemerincing dan gemerlapan kena cahaya.
24. Dengan semangat yang menyala-nyala kuda berlari,dan tidak dapat berdiri diam apabila trompet berbunyi.
25. Kuda berdengus setiap kali trompet dibunyikan;dari jauh tercium olehnya bau peperangan,dan didengarnya perwira memekikkan arahan.
26. Adakah daripada engkau burung rajawali belajar terbang,ketika menuju ke selatan dengan sayap terkembang?
27. Adakah burung helang menantikan suruhanmuuntuk membina sarangnya di gunung yang tinggi?