Ayub 38:18-30 Alkitab Berita Baik (BM)

18. Tahukah engkau keluasan dunia?Jawablah, jika engkau tahu segalanya.

19. Tahukah engkau asalnya cahaya?Tahukah engkau tempatnya kegelapan?

20. Dapatkah engkau menentukan batas di antara kegelapan dan cahaya,ataupun menghantar kedua-dua itu pulang setelah datang?

21. Engkau menyangka bahawa engkau tahu jawapan semuanya,seolah-olah engkau hadir ketika Aku menciptakan dunia;tentunya engkau sudah sangat tua!

22. Pernahkah engkau melawat ke gudang-gudang-Ku,tempat Aku menyimpan salji dan hujan batu?

23. Aku menyediakannya untuk masa kesusahan,untuk hari pertempuran dan peperangan.

24. Pernahkah engkau pergi ke tempat matahari terbit,ataupun ke tempat asal angin timur?

25. Siapakah yang menggali terusan bagi hujan lebat,dan menyediakan jalan untuk guruh dan kilat?

26. Siapakah yang menurunkan hujanke tempat yang tidak didiami orang?

27. Siapakah yang membasahi tanah yang kering dan tandus,sehingga rumput di sana bertunas?

28. Adakah hujan mempunyai bapa kandung?Siapakah yang melahirkan embun?

29. Adakah air batu mempunyai ibu?Siapakah yang melahirkan embun beku?

30. Siapakah yang mengubah air menjadi batudan menjadikan permukaan laut beku?

Ayub 38