Ayub 34:33-36 Alkitab Berita Baik (BM)

33. Oleh sebab engkau tidak menyetujui perbuatan Allah,engkau tidak boleh mengharapkan Dia mengabulkan kehendakmu.Engkaulah yang harus membuat keputusan, bukan aku;beritahulah kami pendapatmu.

34. Setiap orang yang berakal pasti akan bersetuju;setiap orang bijak yang mendengar aku akan berkata

35. bahawa Ayub bercakap tanpa mengerti,dan bahawa kata-katanya tidak mengandung erti.

36. Jika ucapan Ayub ditinjau dengan cermat,akan nyatalah bahawa dia berkata-kata seperti orang jahat.

Ayub 34