Ayub 34:1-2-20 Alkitab Berita Baik (BM)

1-2. Kamu semua begitu bijak, begitu pandai;sekarang dengarlah kata-kataku ini.

3. Orang tahu makanan yang sedap ketika merasanya;dan kata-kata yang bijak apabila mendengarnya.

4. Persoalan ini harus kita periksa,lalu kita putuskan bersama-sama.

5. Ayub berkata, ‘Aku tidak bersalah,tetapi Allah tidak memberikan keadilan kepadaku.

6. Aku dianggap berdusta, kerana mengatakan aku benar.Aku cedera parah, tetapi aku tidak bersalah.’

7. Pernahkah kamu melihat orang seperti Ayub ini?Dia menghina Allah berkali-kali.

8. Dia gemar akan orang jahat sebagai teman,dan orang durjana sebagai kawan.

9. Dia berkata bahawa tiada gunanyadiperkenankan Allah.

10. Hai orang pandai, dengarlah!Adakah Allah Yang Maha Kuasa melakukan hal yang salah?

11. Dia membalas manusia setimpal dengan perbuatan merekadan memperlakukan mereka dengan sepatutnya.

12. Allah Yang Maha Kuasa tidak melakukan kejahatan;semua orang diberikan-Nya keadilan.

13. Adakah Allah mendapatkan kuasa-Nya daripada sesiapa?Adakah sesiapa yang menugaskan Dia untuk menguasai dunia?

14. Jika Allah mencabut nyawa manusia,dan mengambil kembali nafas hidup mereka,

15. maka matilah semua orang yang bernyawa,dan manusia menjadi debu semula.

16. Jika kamu arif, perhatikanlah,pasanglah telinga dan dengarlah.

17. Jika Allah membenci keadilan, Dia tidak patut memerintah.Adakah kamu menyalahkan Allah yang adil dan perkasa?

18. Allah menyalahkan pemerintah dan raja,apabila mereka berbuat jahat dan derhaka.

19. Allah menciptakan setiap insan;Dia tidak menyebelahi raja,atau mengutamakan yang kaya daripada yang miskin.

20. Orang mungkin mati pada waktu malam dengan tiba-tiba.Allah menjatuhkan hukuman kepada manusia dan mereka pun binasa;Dia membunuh yang perkasa dengan mudah sahaja.

Ayub 34