Ayub 34:18-32 Alkitab Berita Baik (BM)

18. Allah menyalahkan pemerintah dan raja,apabila mereka berbuat jahat dan derhaka.

19. Allah menciptakan setiap insan;Dia tidak menyebelahi raja,atau mengutamakan yang kaya daripada yang miskin.

20. Orang mungkin mati pada waktu malam dengan tiba-tiba.Allah menjatuhkan hukuman kepada manusia dan mereka pun binasa;Dia membunuh yang perkasa dengan mudah sahaja.

21. Dia memperhatikan kelakuan manusia,dan meneliti semua langkah mereka.

22. Tiada kegelapan yang cukup gelapnyauntuk menyembunyikan orang berdosa.

23. Allah tidak perlu menentukan masauntuk mengadili manusia.

24. Dia tidak perlu menyelidiki dan menyiasat penguasasebelum memecat mereka, dan mengangkat pengganti mereka.

25. Kerana Dia tahu apa yang dilakukan mereka,Dia menggulingkan mereka pada waktu malam dan memusnahkan mereka.

26. Dia menghukum orang berdosa di hadapan orang ramai,

27. kerana mereka tidak lagi mengikut Dia;dan mereka tidak mengendahkan segala perintah-Nya.

28. Mereka menyebabkan orang miskin berseru kepada Allah,dan Allah mendengar seruan mereka.

29. Jika Allah membuat keputusan untuk diam sahaja,tiada sesiapa pun dapat mengecam Dia.Jika Dia menyembunyikan muka-Nya,tidak sesiapa pun dapat menemukan Dia.

30. Maka bangsa-bangsa tidak berdayauntuk menghalang penindas daripada menguasai mereka.

31. Ayub, sudahkah engkau mengakui kesalahanmu kepada Allah?Sudahkah engkau berjanji tidak akan berdosa semula?

32. Sudahkah engkau meminta Allah menunjukkan kesalahan yang tidak engkau ketahui?Sudahkah engkau bersetuju menghentikan kejahatan itu?

Ayub 34