Ayub 32:9-16 Alkitab Berita Baik (BM)

9. Orang menjadi bijak, bukan kerana lanjut umurnya;orang mengerti yang benar, bukan kerana tinggi usianya.

10. Oleh itu, dengarkanlah aku;biarlah aku memberitahu kamu pendapatku.

11. Aku mendengar dengan sabar ketika kamu bercakap,dan menunggu ketika kamu mencari kata-kata bijak.

12. Aku memperhatikan dan mendengar kamu menemui kegagalan.Kesalahan dalam kata-kata Ayub tidak dapat kamu buktikan.

13. Bagaimana kamu dapat mengatakan kamu telah mendapatkan hikmat?Allah mesti menjawab Ayub, kerana kamu telah gagal.

14. Ayub berkata-kata kepada kamu, bukan kepada aku,tetapi aku tidak sekali-kali akan menjawab seperti kamu.

15. Ayub, mereka bingung dan tidak dapat memberikan jawapan;tiada lagi yang dapat dikatakan mereka.

16. Haruskah aku terus menunggu, ketika mereka berdiam diri?Mereka berdiri di situ dan tidak dapat berkata apa-apa lagi.

Ayub 32