7. Fikirku, biarlah yang sudah lanjut usia bercakap,dan yang lebih tua membahagikan hikmat.
8. Tetapi sebenarnya Roh Allah Yang Maha Kuasayang memberikan hikmat kepada manusia.
9. Orang menjadi bijak, bukan kerana lanjut umurnya;orang mengerti yang benar, bukan kerana tinggi usianya.
10. Oleh itu, dengarkanlah aku;biarlah aku memberitahu kamu pendapatku.
11. Aku mendengar dengan sabar ketika kamu bercakap,dan menunggu ketika kamu mencari kata-kata bijak.
12. Aku memperhatikan dan mendengar kamu menemui kegagalan.Kesalahan dalam kata-kata Ayub tidak dapat kamu buktikan.
13. Bagaimana kamu dapat mengatakan kamu telah mendapatkan hikmat?Allah mesti menjawab Ayub, kerana kamu telah gagal.
14. Ayub berkata-kata kepada kamu, bukan kepada aku,tetapi aku tidak sekali-kali akan menjawab seperti kamu.
15. Ayub, mereka bingung dan tidak dapat memberikan jawapan;tiada lagi yang dapat dikatakan mereka.
16. Haruskah aku terus menunggu, ketika mereka berdiam diri?Mereka berdiri di situ dan tidak dapat berkata apa-apa lagi.
17. Tidak, kini aku hendak memberikan pendapatku,dan memberitahu kamu fikiranku.
18. Aku tidak sabar lagi menunggu.Aku tidak dapat menahan kata-kataku.