Ayub 32:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Oleh sebab Ayub yakin bahawa dia tidak bersalah, tiga orang sahabat itu tidak menjawab lagi.

2. Tetapi di situ ada seorang yang tidak dapat menahan geramnya, kerana Ayub menyalahkan Allah dan mengaku dirinya tidak bersalah. Namanya Elihu anak Barakheel, seorang keturunan Bus, daripada puak Ram.

3. Dia juga marah terhadap tiga orang sahabat Ayub itu kerana mereka tidak dapat menjawab Ayub, walaupun mereka menyalahkan dia.

4. Elihu yang termuda antara mereka. Oleh itu dia menunggu sehingga setiap orang sudah bercakap.

Ayub 32