4. Allah tahu segala perbuatanku;Dia melihat setiap langkahku.
5. Aku bersumpah bahawa aku tidak pernah bertindak curang,dan aku tidak pernah menipu orang.
6. Biarlah Allah menimbang aku dengan penimbang yang sah,dan Dia akan tahu bahawa aku tidak bersalah.
7. Jika aku telah berpaling dari jalan yang benar,atau hatiku tertarik kepada hal yang cemar,jika tanganku kotor kerana dosa,
8. maka biarlah orang lain makan apa yang aku tabur,dan biarlah seluruh tanamanku hancur.
9. Jika aku tertarik kepada isteri jiranku,dan menanti dia sambil bersembunyi di balik pintu,
10. maka biarlah isteriku memasak makanan lelaki lain,dan tidur di katil lelaki lain.
11. Dosa seperti itu jahat sekali,dan orang yang melakukannya patut dihukum mati.
12. Dosa itu membinasakan seperti api neraka,membakar segala yang aku miliki.
13. Apabila hambaku mengadu kerana haknya kusalahi,aku mendengar dan memperlakukan dia dengan tulus hati.
14. Jika tidak, bagaimana aku dapat menghadap Allah?Apakah yang dapat aku katakan ketika aku diadili Allah?
15. Allah yang menciptakan aku,juga menciptakan hamba-hambaku.
16. Aku belum pernah enggan menolong orang yang papa,dan belum pernah membiarkan balu hidup putus asa.