11. Dosa seperti itu jahat sekali,dan orang yang melakukannya patut dihukum mati.
12. Dosa itu membinasakan seperti api neraka,membakar segala yang aku miliki.
13. Apabila hambaku mengadu kerana haknya kusalahi,aku mendengar dan memperlakukan dia dengan tulus hati.
14. Jika tidak, bagaimana aku dapat menghadap Allah?Apakah yang dapat aku katakan ketika aku diadili Allah?
15. Allah yang menciptakan aku,juga menciptakan hamba-hambaku.
16. Aku belum pernah enggan menolong orang yang papa,dan belum pernah membiarkan balu hidup putus asa.
17. Aku belum pernah membiarkan anak yatim piatu kelaparan,sedang aku sendiri cukup makanan.
18. Aku seperti bapa kepada anak yatim piatu,aku selalu membela balu.
19. Ketika aku bertemu dengan orang yang berkekurangan,yang terlalu miskin untuk membeli pakaian,
20. aku memberinya pakaian daripada bulu dombaku sendiri,maka dia akan memuji aku dengan sepenuh hati.
21. Jika aku pernah menipu anak yatim piatukerana aku tahu bahawa aku akan memenangi perkaraku,
22. biarlah lenganku dipatahkan,sehingga dari bahuku dipisahkan.
23. Oleh sebab aku takut terhadap hukuman Allah,aku tidak sekali-kali berani melakukan hal itu.
24. Aku tidak pernah bergantung pada kekayaanku,
25. ataupun membanggakan hartaku.
26. Aku tidak pernah menyembah matahari yang bersinar cerah,ataupun bulan yang bercahaya indah.