2. Bagiku mereka tidak berguna,kerana sudah kehabisan tenaga.
3. Mereka miskin dan lapar sekali,sehingga mereka makan akar kering di gurun yang sunyi.
4. Mereka mencabut belukar di gurun,lalu makan daun dan akarnya.
5. Semua orang menghalau mereka dengan tengkingan,seperti orang mengusir pencuri.
6. Mereka terpaksa tinggal di dalam gua,lubang-lubang di tebing gunung menjadi rumah mereka.
7. Di hutan mereka meraung seperti binatang,dan berhimpit-himpit di bawah belukar.