2. Bagiku mereka tidak berguna,kerana sudah kehabisan tenaga.
3. Mereka miskin dan lapar sekali,sehingga mereka makan akar kering di gurun yang sunyi.
4. Mereka mencabut belukar di gurun,lalu makan daun dan akarnya.
5. Semua orang menghalau mereka dengan tengkingan,seperti orang mengusir pencuri.
6. Mereka terpaksa tinggal di dalam gua,lubang-lubang di tebing gunung menjadi rumah mereka.
7. Di hutan mereka meraung seperti binatang,dan berhimpit-himpit di bawah belukar.
8. Mereka sekumpulan orang yang tidak berguna sama sekali!Mereka telah dihalau dari negeri ini.
9. Tetapi kini mereka datang dan mentertawakan aku;aku menjadi bahan tertawaan mereka.
10. Mereka membenci dan menghina aku,bahkan mereka meludahi mukaku.
11. Oleh sebab Allah telah membuat aku lemah dan tidak berdaya,aku dilawan mereka dengan segala keganasan.
12. Gerombolan itu menyerang aku dari depan;dan kejatuhanku dirancang oleh mereka.