14. Mereka memecahkan tembok pertahananku;beramai-ramai mereka masuk dengan meluru.
15. Ketakutan meliputi aku;kehormatanku hilang seperti hembusan angindan harapanku untuk menang, hilang seperti awan.
16. Kini hampir matilah aku;penderitaan mencengkam aku.
17. Pada waktu malam semua tulangku sakit sekali,dan kesakitan yang menusuk tidak kunjung berhenti.
18. Allah mencekau aku pada leher bajukudan merenyukkan pakaianku.
19. Dia menghempaskan aku ke dalam lumpur,dan aku menjadi seperti kotoran.
20. Aku berseru kepada-Mu, ya Allah, tetapi Engkau tidak memberikan jawapan;dan apabila aku berdoa, Engkau tidak memperhatikan.
21. Engkau bersikap kejam terhadapku;Engkau menganiaya aku dengan segenap kekuatan-Mu.
22. Engkau membiarkan angin menerbangkan aku,dan angin ribut mengumbang-ambingkan aku.
23. Aku tahu bahawa Engkau membawa aku ke alam kematian,kepada kesudahan yang mesti dihadapi setiap orang.
24. Mengapakah Engkau menyerang orang yang malang,yang tidak dapat berbuat apa-apa lagi kecuali mohon belas kasihan?
25. Tidakkah aku menangis bersama-sama orang dalam kesusahan,dan mengasihani orang yang berkekurangan?
26. Aku mengharapkan kebahagiaan dan cahaya,tetapi kesusahan dan kegelapan yang datang.
27. Aku dihancurkan oleh kegelisahan dan kesakitan;hari demi hari aku menghadapi penderitaan.
28. Dalam kegelapan, tanpa cahaya aku berkeliaran;aku berdiri di khalayak ramai dan minta pertolongan.
29. Suaraku sedih dan penuh hiba,seperti lolong serigala atau bunyi burung unta.
30. Kulitku menjadi hitam;tubuhku terbakar oleh demam.