Ayub 3:7-19 Alkitab Berita Baik (BM)

7. Biarlah malam itu penuh kegelapan,tiada kemesraan, tiada kegembiraan.

8. Hai tukang sihir, pawang Lewiatankutuklah hari itu dengan jampi serapah.

9. Jangan biar bintang fajar bersinar;jangan biar sinar fajar memancar.

10. Kutuklah malam itu kerana membiarkan aku dilahirkan,dan menyerahkan aku kepada kesusahan dan kesedihan.

11. Mengapakah aku tidak mati di dalam rahim ibu?Mengapakah aku tidak meninggal pada saat kelahiranku?

12. Mengapakah aku dipeluk ibu dan dipangkunya?Mengapakah aku disusui pada buah dadanya?

13. Jika pada waktu itu aku meninggal dunia,tentu pada saat ini aku dapat berehat,

14. tidur seperti raja dan para pemerintahyang membina semula istana purba.

15. Tentu aku tertidur seperti putera rajayang mengisi rumah mereka dengan perak dan emas.

16. Mengapakah aku tidak lahir mati,menutup mata seperti bayi yang meninggal?

17. Di dalam kubur, penjahat berhenti berbuat jahat,dan pekerja yang lelah melepaskan penat.

18. Banduan pun menikmati kelegaan,bebas daripada perintah kasar dan tengkingan.

19. Orang ternama ataupun tidak, semuanya di sana,dan hamba mendapat kebebasan akhirnya.

Ayub 3