10. Sedang mereka menembusi gunung batu,mereka menjumpai permata yang sangat bermutu.
11. Sampai ke sumber sungai mereka menggali,dan menyatakan apa yang tersembunyi.
12. Tetapi di manakah hikmat dapat dicari?Di manakah kita dapat belajar agar mengerti?
13. Hikmat tidak didapati di kalangan manusia;tiada sesiapa yang tahu akan nilai yang sebenarnya.
14. Lautan dan samuderamengatakan hikmat tidak terdapat di sana.
15. Hikmat tidak dapat ditukar dengan emas murni,dan dengan perak pun tidak dapat dibeli.
16. Emas dan permata yang paling berhargatidak dapat mengimbangi nilainya.
17. Nilainya lebih daripada emas,dan daripada jambangan kencana ataupun kristal.
18. Hikmat lebih tinggi nilainyadaripada batu karang, hablur, atau mutiara.
19. Batu topaz dan emas tulentidak dapat dibandingkan dengan nilai hikmat.
20. Di manakah sumber hikmat?Di manakah kita dapat pengertian?
21. Tiada makhluk hidup yang pernah melihatnya,bahkan burung di udara pun tidak pernah nampaknya.
22. Maut dan kemusnahan pun berkatabahawa yang didengar khabar angin sahaja.