Ayub 27:11-21 Alkitab Berita Baik (BM)

11. Biarlah aku mengajar kamu betapa besarnya kuasa Allah,dan menerangkan rancangan Allah Yang Maha Kuasa.

12. Kamu telah melihat semua itu dengan mata kamu sendiri.Oleh itu, mengapakah kamu mengatakan yang bukan-bukan ini?”

13. “Lihatlah bagaimana Allah Yang Maha Kuasamenghukum orang yang kejam dan durjana.

14. Jika anak lelaki mereka banyak, semuanya akan mati dalam peperangan;anak-anak mereka tidak pernah cukup makan.

15. Mereka yang hidup akan mati kerana wabak,dan balu mereka tidak akan menangisi mereka.

16. Perak orang jahat bertimbun-timbun,dan pakaian mereka bersusun-susun,

17. tetapi orang baik akan memakai pakaian itu,dan orang jujur akan mendapat perak itu.

18. Rumah yang dibina orang jahat rapuh seperti sarang labah-labah,hanya rumah sementara seperti pondok penjaga ladang.

19. Untuk kali terakhir, mereka membaringkan diri sebagai orang kaya,apabila mereka bangun, hilanglah segala kekayaan mereka.

20. Seperti banjir yang datang dengan tiba-tiba, kedahsyatan menimpa mereka;angin pada waktu malam akan meniup mereka.

21. Angin timur mengangkat mereka,dan menyapu mereka dari rumah.

Ayub 27