1. Ayub berkata,
2. “Demi Allah Yang Maha Kuasa, Allah yang hidup,yang enggan memberi aku keadilan dan yang memedihkan hidupku,
3. aku bersumpah: Selagi Allah memberikan nafas kepadaku,selagi nyawa dikandung badanku,
4. bibirku tidak sekali-kali akan menyebut kata dusta,dan lidahku tidak akan mengucap tipu daya.
5. Aku tidak akan mengatakan kamu benar;sampai mati pun aku tetap mengatakan aku tidak bersalah.
6. Aku tidak akan berhenti berkata bahawa aku benar;hati nuraniku tidak menyalahkan aku.
7. Biarlah musuhku dihukum seperti orang durjana,dan orang yang melawan aku dihukum seperti penderhaka.
8. Apakah harapan orang durjanaapabila Allah menuntut nyawa mereka?