Ayub 24:9-21 Alkitab Berita Baik (BM)

9. Orang jahat memperhamba anak-anak yang kehilangan bapa,dan mengambil bayi orang miskin sebagai jaminan.

10. Orang miskin terpaksa keluar tanpa pakaian;ketika menuai gandum mereka kelaparan.

11. Daripada buah zaitun mereka membuat minyak,dan daripada buah anggur, mereka membuat minuman,tetapi mereka sendiri kehausan.

12. Di bandar terdengar tangisan orang yang cedera,dan orang yang hampir putus nyawa,tetapi Allah tidak mendengarkan doa mereka.

13. Ada orang yang menolak cahaya,mereka tidak mengenalnya dan tidak mengikut jalannya.

14. Pada waktu subuh, pembunuh keluar membunuh orang miskin;dan pada waktu malam, mereka keluar mencuri.

15. Orang yang berzina menantikan senja,supaya tidak dikenali, mereka menutup muka.

16. Pada waktu malam pencuri memecah rumah orang,tetapi pada waktu siang mereka bersembunyi dan mengelakkan cahaya.

17. Bagi mereka, pagi hari menakutkan,tetapi kegelapan yang dahsyat, menyenangkan.”

18. “Orang jahat dihanyut oleh air bah,dan tanah yang dimiliki mereka disumpah oleh Allah;mereka tidak lagi bekerja di ladang anggur mereka.

19. Seperti salji hilang kena kemarau dan matahari,orang berdosa pun hilang, ditelan dunia orang mati.

20. Ibu mereka sendiri melupakan mereka,dan cacing memakan tubuh mereka.Nama mereka tidak lagi dikenang;mereka dimusnahkan seperti pokok yang tumbang.

21. Hal itu berlaku kerana mereka menganiaya balu,dan tidak mengasihani wanita mandul.

Ayub 24