3. Mereka merampas keldai kepunyaan anak yatim piatu,dan sebagai jaminan, mereka mengambil lembu jantan daripada balu.
4. Mereka menghalang orang miskin mendapat hak mereka sendiri,maka orang papa terpaksa bersembunyi.
5. Oleh itu seperti keldai liar, orang miskin mencari makanan di padang belukar;di tempat itu sahaja terdapat makanan untuk anak-anak mereka.
6. Mereka terpaksa memungut gandum di ladang orang laindan memetik buah anggur di ladang orang durjana.
7. Mereka tidur tanpa selimut pada waktu malam,tanpa sesuatu untuk menghangatkan badan.
8. Mereka basah kuyup kerana hujan yang turun di atas gunung,mereka berhimpit-himpit pada bukit batu untuk berlindung.
9. Orang jahat memperhamba anak-anak yang kehilangan bapa,dan mengambil bayi orang miskin sebagai jaminan.
10. Orang miskin terpaksa keluar tanpa pakaian;ketika menuai gandum mereka kelaparan.