Ayub 24:21-24 Alkitab Berita Baik (BM)

21. Hal itu berlaku kerana mereka menganiaya balu,dan tidak mengasihani wanita mandul.

22. Allah dengan kuasa-Nya, membinasakan orang perkasa;Allah bertindak, maka matilah orang durjana.

23. Allah mungkin membiarkan mereka hidup sentosa,tetapi Dia mengawasi mereka sepanjang masa.

24. Hanya sebentar orang jahat berjaya,lalu hilang selama-lamanya.Mereka layu seperti rumpai,seperti gandum yang dipotong daripada tangkai.

Ayub 24