1. Mengapakah Allah tidak menetapkan hari penghakiman,supaya orang yang mengenal Dia mendapat keadilan?
2. Ada orang memindahkan batu sempadan untuk meluaskan tanah;mereka mencuri domba lalu mengandangkannya dengan ternakan mereka.
3. Mereka merampas keldai kepunyaan anak yatim piatu,dan sebagai jaminan, mereka mengambil lembu jantan daripada balu.
4. Mereka menghalang orang miskin mendapat hak mereka sendiri,maka orang papa terpaksa bersembunyi.
5. Oleh itu seperti keldai liar, orang miskin mencari makanan di padang belukar;di tempat itu sahaja terdapat makanan untuk anak-anak mereka.
6. Mereka terpaksa memungut gandum di ladang orang laindan memetik buah anggur di ladang orang durjana.