Ayub 22:11-24 Alkitab Berita Baik (BM)

11. Terang menjadi gelap sehingga engkau tidak dapat melihat,dan engkau dilanda banjir yang dahsyat.

12. Tidakkah Allah tinggal di syurga yang tertinggi,dan memandang ke bawah, pada bintang-bintang yang tinggi sekali?

13. Namun engkau bertanya, ‘Adakah Allah tahu?Dia di balik awan dan tidak dapat mengadili kita.’

14. Engkau menyangka bahawa pandangan-Nya tertutup awan,ketika Dia berjalan di sempadan langit dan bumi.

15. Adakah engkau tetap mengikut jalanyang selalu diikuti orang jahat?

16. Walaupun masa mereka belum tiba,mereka dihanyut oleh banjir yang melanda.

17. Itulah orang yang menolak Allah,dan menganggap Yang Maha Kuasa tidak dapat mengapa-apakan mereka.

18. Padahal Allah yang telah menjadikan mereka kaya.Aku tidak faham akan fikiran orang durjana.

19. Orang baik dan yang tidak bersalah ketawa kegembiraan,apabila melihat orang jahat menerima hukuman.

20. Segala hak milik orang jahat musnah,dan api membakar segala yang tersisa.

21. Sekarang, Ayub, berdamailah dengan Allah,dan berhentilah menganggap Dia sebagai musuh.Jika engkau berbuat demikian,Dia akan memberkati engkau.

22. Terimalah perintah yang diberikan-Nya;simpanlah firman-Nya dalam hatimu.

23. Engkau mesti kembali kepada Allah dengan rendah hati,dan segala kejahatan di rumahmu hendaklah engkau akhiri.

24. Lemparlah emasmu yang paling murni;lemparlah emasmu ke dasar sungai yang tidak berair lagi.

Ayub 22