1. Kemudian Elifas berkata,
2. “Di kalangan manusia, tiada yang berguna bagi Allah.Orang yang paling bijak pun tidak berguna bagi-Nya.
3. Apakah faedahnya bagi Yang Maha Kuasa,jika engkau melakukan kehendak-Nya?Apakah ada keuntungan bagi-Nyajika hidupmu sempurna?
4. Bukan kerana engkau takut dan hormat kepada Allah,maka Dia menegur dan mengadili engkau,
5. melainkan kerana dosamu banyak,dan engkau sangat jahat.
6. Untuk memaksa saudaramu membayar hutangnya,engkau merampas pakaiannya dan membiarkan dia telanjang.
7. Engkau enggan memberikan air kepada mereka yang lelah,dan enggan memberikan makanan kepada mereka yang lapar.