Ayub 21:3-20 Alkitab Berita Baik (BM)

3. Bersabarlah apabila aku bercakap;selepas itu, ejeklah aku sesuka hati kamu.

4. Keluhanku tidak tertuju kepada manusia;tidak mengapalah aku berasa kurang sabar.

5. Pandanglah aku, maka kamu akan tercengang,kamu akan terkejut dan terdiam.

6. Apabila aku memikirkan keadaanku ini,aku gementar kerana ngeri.

7. Mengapa orang jahat panjang umur,dan menjadi makmur?

8. Mereka mendapat anak dan cucu,dan dapat melihat mereka menjadi dewasa.

9. Allah tidak mendatangkan bencana pada keluarga mereka;mereka selamat dan aman sentosa.

10. Ternakan mereka membiakdan beranak tanpa kesulitan.

11. Anak mereka berlari-lari dengan gembira,dan bermain-main seperti anak domba.

12. Anak mereka menyanyi dan menari-nari,diiringi bunyi tamburin, seruling, dan kecapi.

13. Mereka hidup dalam kemakmuran,dan meninggal dengan kesejahteraan.

14. Orang jahat menyuruh Allah menjauhi mereka;mereka tidak mahu mengetahui kehendak-Nya bagi hidup mereka.

15. Mereka berfikir bahawa tidak berguna mengabdi kepada Allahdan tidak bermanfaat berdoa kepada-Nya.

16. Mereka berkata bahawa mereka berjaya kerana usaha mereka;tetapi pendapat mereka itu tidak dapat aku terima.

17. Pernahkah hidup orang jahat dipadamkan seperti pelita?Pernahkah mereka ditimpa bencana?Pernahkah Allah murka terhadap merekasehingga Dia menghukum mereka?

18. Pernahkah mereka menjadi seperti jerami yang ditiup angin,ataupun seperti sekam yang diterbangkan ribut?

19. Kamu berkata, ‘Allah menghukum anak kerana kesalahan bapanya.’Tetapi aku berkata, biarlah Allah menghukum orang yang bersalah,supaya mereka sedar bahawa mereka dihukum Allahkerana kesalahan mereka.

20. Biarlah orang yang bersalah menanggung hukuman mereka;biarlah mereka merasai kemurkaan Yang Maha Kuasa.

Ayub 21