Ayub 21:23-24-34 Alkitab Berita Baik (BM)

3. Bersabarlah apabila aku bercakap;selepas itu, ejeklah aku sesuka hati kamu.

4. Keluhanku tidak tertuju kepada manusia;tidak mengapalah aku berasa kurang sabar.

5. Pandanglah aku, maka kamu akan tercengang,kamu akan terkejut dan terdiam.

6. Apabila aku memikirkan keadaanku ini,aku gementar kerana ngeri.

7. Mengapa orang jahat panjang umur,dan menjadi makmur?

8. Mereka mendapat anak dan cucu,dan dapat melihat mereka menjadi dewasa.

9. Allah tidak mendatangkan bencana pada keluarga mereka;mereka selamat dan aman sentosa.

23-24. Ada orang yang sihat dan masih penuh tenagasehingga saat kematian mereka.Mereka meninggal dengan tenang dan bahagia,sedang tubuh mereka masih berdaya.

25. Ada pula orang yang tidak mempunyai kebahagiaan;mereka hidup lalu mati dengan penuh kepahitan.

26. Tetapi di dalam kubur mereka semua sama-sama terbaring;dikerumuni oleh ulat dan cacing.

27. Aku tahu apa yang kamu fikirkan,dan kejahatan terhadap aku yang kamu rancangkan.

28. Kamu bertanya, ‘Di manakah rumah orang kenamaan,orang yang melakukan kejahatan?’

29. Belum pernahkah kamu berbual dengan pengembara?Tidakkah kamu percaya akan laporan mereka?

30. Mereka berkata bahawa orang jahatlah yang selalu terlepaspada hari Allah murka dan menjatuhkan hukuman.

31. Tiada seorang pun yang menuduh mereka,ataupun membalas perbuatan mereka.

32. Apabila mereka dibawa ke tanah perkuburan,batu nisan mereka dikawal,

33. ribuan orang berjalan mengiringi jenazah mereka,dan dengan lembut tanah menimbus jenazah mereka.

34. Tetapi kamu cuba menghiburkan aku dengan cakap kosong,dan segala jawapan kamu itu bohong!”

Ayub 21