1. Kemudian Ayub menjawab,
2. “Dengarlah apa yang aku katakan;hanya itu yang aku minta sebagai penghiburan.
3. Bersabarlah apabila aku bercakap;selepas itu, ejeklah aku sesuka hati kamu.
4. Keluhanku tidak tertuju kepada manusia;tidak mengapalah aku berasa kurang sabar.
5. Pandanglah aku, maka kamu akan tercengang,kamu akan terkejut dan terdiam.
6. Apabila aku memikirkan keadaanku ini,aku gementar kerana ngeri.
7. Mengapa orang jahat panjang umur,dan menjadi makmur?
8. Mereka mendapat anak dan cucu,dan dapat melihat mereka menjadi dewasa.
23-24. Ada orang yang sihat dan masih penuh tenagasehingga saat kematian mereka.Mereka meninggal dengan tenang dan bahagia,sedang tubuh mereka masih berdaya.