5. kebahagiaan orang jahat tidak tahan lama;kegembiraan orang derhaka seketika sahaja.
6. Walaupun kebesaran mereka sampai ke angkasa,sehingga kepala mereka sampai ke mega,
7. namun mereka akan lenyap selama-lamanya,menghilang dari dunia dengan cara yang terhina.Orang yang telah mengenal mereka akan bertanya,‘Ke mana mereka pergi?’
8. Mereka akan hilang seperti mimpi,lenyap seperti penglihatan pada malam hari.
9. Mereka tidak lagi kelihatan;mereka tiada lagi di tempat tinggal mereka.
10. Anak-anak mereka akan mengganti apa sahajayang telah dicuri mereka daripada orang papa.
11. Dahulu badan mereka muda dan perkasa,tetapi mereka akan menjadi debu belaka.
14. Tetapi di dalam perut makanan itu menjadi pahit,seperti racun yang mendatangkan maut.
15. Mereka memuntahkan kekayaan yang telah dicuri mereka;Allah mengeluarkannya bahkan dari dalam perut mereka.
16. Apa yang ditelan orang jahat seperti racun yang membawa bencana;mereka mati seperti dipatuk ular berbisa.
17. Mereka tidak akan menikmati minyak zaitun yang berlimpah,ataupun susu dan madu yang bertumpah-ruah.
18. Mereka harus menyerahkan segala yang telah dikerjakan mereka;mereka tidak berpeluang menikmati kekayaan mereka,
19. sebab mereka telah menindas dan membiarkan orang miskin,dan merampas rumah yang dibina orang lain.
20. Ketamakan mereka tidak mengenal batas,maka mereka tidak akan pernah puas.
21. Apabila mereka makan, tidak pernah ada sisa,tetapi, kini berakhirlah kemakmuran mereka.
22. Pada puncak kejayaan mereka,duka dan derita datang menimpa mereka.
23. Semasa mereka makan segala yang dikehendaki mereka,Allah akan menjadi murka dan menghukum mereka.