15. Mereka memuntahkan kekayaan yang telah dicuri mereka;Allah mengeluarkannya bahkan dari dalam perut mereka.
16. Apa yang ditelan orang jahat seperti racun yang membawa bencana;mereka mati seperti dipatuk ular berbisa.
17. Mereka tidak akan menikmati minyak zaitun yang berlimpah,ataupun susu dan madu yang bertumpah-ruah.
18. Mereka harus menyerahkan segala yang telah dikerjakan mereka;mereka tidak berpeluang menikmati kekayaan mereka,
19. sebab mereka telah menindas dan membiarkan orang miskin,dan merampas rumah yang dibina orang lain.
20. Ketamakan mereka tidak mengenal batas,maka mereka tidak akan pernah puas.
21. Apabila mereka makan, tidak pernah ada sisa,tetapi, kini berakhirlah kemakmuran mereka.
22. Pada puncak kejayaan mereka,duka dan derita datang menimpa mereka.
23. Semasa mereka makan segala yang dikehendaki mereka,Allah akan menjadi murka dan menghukum mereka.
24. Apabila mereka cuba mengelakkan diri daripada pedang besi,panah gangsa akan melukakan mereka.
25. Anak panah menembusi badan mereka;hujung panah yang berkilat menitiskan darah mereka,dan ketakutan akan mencengkam hati mereka.
26. Segala yang telah dikumpulkan mereka musnah;api yang tidak dinyalakan tangan manusiamembakar mereka serta semua keluarga mereka.