Ayub 20:1-8 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Kemudian Zofar menjawab,

2. “Ayub, aku berasa tersinggung olehmu;kini aku ingin segera memberikan jawapanku.

3. Kata-katamu sungguh menghina,tetapi aku tahu menjawabnya.

4. Tentu engkau tahu bahawa sejak zaman purba,sejak manusia mula-mula ditempatkan di bumi,

5. kebahagiaan orang jahat tidak tahan lama;kegembiraan orang derhaka seketika sahaja.

6. Walaupun kebesaran mereka sampai ke angkasa,sehingga kepala mereka sampai ke mega,

7. namun mereka akan lenyap selama-lamanya,menghilang dari dunia dengan cara yang terhina.Orang yang telah mengenal mereka akan bertanya,‘Ke mana mereka pergi?’

8. Mereka akan hilang seperti mimpi,lenyap seperti penglihatan pada malam hari.

12-13. Kejahatan sungguh manis bagi mereka,sehingga disimpan di dalam mulut untuk dinikmati mereka.

Ayub 20