9. tumit mereka terperangkap sehingga mereka tertangkap.
10. Jerat tersembunyi di atas tanah;dan perangkap terpasang pada jalan mereka.
11. Kengerian mengejutkan orang jahat dari segala arah,dan mengikuti mereka setiap langkah.
12. Dahulu mereka kaya, tetapi kini mereka lapar;bencana selalu menyertai mereka.
13. Kulit mereka dimakan penyakit yang teruk,lengan dan kaki mereka menjadi busuk.
14. Mereka dikeluarkan dari khemah tempat tinggal yang aman,dan diheret untuk menghadap kematian.
15. Kini sesiapa pun boleh tinggal di dalam khemah mereka,setelah direnjis belerang untuk membasmi penyakit!
16. Akar mereka kering dan kisut,cabang mereka layu dan lisut.
17. Mereka tidak dikenal lagi di bumi;tiada seorang pun yang mengingati mereka lagi.
18. Dari tanah orang yang hidup, mereka akan dihalaukan,diusir dari cahaya ke dalam kegelapan.
19. Mereka tidak mempunyai sanak atau anak cucu,dan tiada lagi yang hidup di tempat mereka dahulu.
20. Mendengar nasib mereka, penduduk di barat terkejut,dan penduduk di timur gementar kerana takut.
21. Itulah kesudahan orang derhaka,mereka yang tidak mempedulikan Allah.”