1. Kemudian Bildad menjawab,
2. “Ayub, tidak bolehkah engkau berhenti bercakap?Jika engkau diam dan mendengar, kami akan bercakap.
3. Mengapakah engkau berfikir bahawa kami dungu,dan menyamakan kami dengan lembu?
4. Kemarahan hanya menyakiti dirimu.Adakah bumi kehilangan penduduknya kerana engkau marah?Adakah gunung-gunung dipindahkan dari tempatnya untuk memuaskan hatimu?
5. Hidup orang jahat yang seperti nyala pelita, akan dipadamkan;mereka seperti api yang tidak lagi menyala.
6. Mereka seperti khemah yang pelitanya sudah padam;pelita penerang mereka tidak lagi bersinar.
7. Langkah mereka yang mantap kini terhuyung-huyung;rancangan mereka sendiri menyebabkan mereka jatuh.