1. Ajalku sudah dekat, hampir putus nafasku;tiada apa-apa lagi selain kubur untukku.
2. Orang menjadikan aku bahan ejekan.Aku melihat betapa kejamnya mereka melontarkan sindiran.
3. Aku ini jujur, ya Allah. Percayailah aku.Tiada sesiapa lagi yang menyokong perkataanku.
4. Engkau telah membuntukan fikiran mereka;janganlah biarkan aku dikalahkan mereka.
5. Menurut pepatah, sesiapa mengkhianati sahabat demi keuntungan,anak-anaknya sendiri akan menerima pembalasan.
6. Sekarang aku disindir dengan pepatah itu;mereka datang dan meludahi mukaku.
7. Mataku kabur kerana dukacita;seluruh tubuhku kurus merana.
8. Orang yang salih, terkejut dan hairan;mereka menganggap aku sebagai orang yang tidak percaya kepada Allah.