Ayub 16:9-15 Alkitab Berita Baik (BM)

9. Oleh kemurkaan-Nya, Allah menyiat tubuhku;dengan kebencian, Dia memandang aku.

10. Orang mengejek aku;mereka mengeroyok aku dan menampar mukaku.

11. Allah telah menyerahkan aku kepada orang derhaka;aku dijatuhkan-Nya ke dalam tangan orang durjana.

12. Dahulu hidupku aman dan sentosa,tetapi Allah menyerang aku dengan tiba-tiba.Leherku dicengkeram-Nya dan aku dicampakkan;aku dijadikan-Nya sasaran untuk latihan.

13. Tanpa belas kasihan Dia memanah aku dari segala arah,sehingga aku cedera dan luka.

14. Dia mencederakan aku berulang-ulang;Dia menyerang seperti seorang pejuang.

15. Aku memakai kain guni tanda kesedihan,aku duduk di atas debu kerana dikalahkan.

Ayub 16