Ayub 16:12-22 Alkitab Berita Baik (BM)

12. Dahulu hidupku aman dan sentosa,tetapi Allah menyerang aku dengan tiba-tiba.Leherku dicengkeram-Nya dan aku dicampakkan;aku dijadikan-Nya sasaran untuk latihan.

13. Tanpa belas kasihan Dia memanah aku dari segala arah,sehingga aku cedera dan luka.

14. Dia mencederakan aku berulang-ulang;Dia menyerang seperti seorang pejuang.

15. Aku memakai kain guni tanda kesedihan,aku duduk di atas debu kerana dikalahkan.

16. Aku menangis sehingga mukaku merah,dan kelopak mataku bengkak dan hitam.

17. Tetapi aku tidak melakukan perbuatan ganas,dan doaku tetap ikhlas.

18. Hai bumi, kejahatan terhadapku jangan sembunyikan.Jangan diamkan teriakanku minta keadilan.

19. Ada pembelaku di syurgayang akan memberikan kesaksian bahawa aku tidak berdosa.

20. Sahabat-sahabatku menghina aku,aku menangis di hadapan Allah.

21. Aku ingin agar ada orang merayu kepada Allah bagiku,seperti orang merayu untuk sahabatnya.

22. Tahun-tahunku tidak banyak lagi,aku akan pergi dan tidak kembali lagi.

Ayub 16