Ayub 15:19-26-27 Alkitab Berita Baik (BM)

19. Pada waktu itu tiada orang asing di tanah mereka,tiada seorang pun yang menyebabkan mereka meninggalkan Allah.

20. Orang jahat ditimpa penderitaan sepanjang masa,orang ganas akan hidup terseksa sepanjang umur mereka.

21. Mereka akan mendengar suara yang menakutkan,dan perompak akan menyerang mereka pada masa yang aman.

22. Mereka tidak dapat mengelakkan kegelapan,kerana pembunuh yang berpedang mengejar mereka pada setiap kesempatan.

23. Burung nasar menunggu untuk makan mayat mereka;mereka tahu bahawa mereka akan binasa.

24. Mereka cemas dan amat menderitaseperti diserang oleh raja perkasa.

25. Begitulah kesudahan orang yang berani melawan Allah,dan mencabar Yang Maha Kuasa.

26-27. Mereka sombong dan suka memberontak;dengan degil mereka mengangkat perisaidan tergesa-gesa melawan Allah.

Ayub 15