Ayub 15:1-8 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Kemudian Elifas menjawab,

2. “Cakap kosong, Ayub! Engkau bercakap kosong!

3. Tiada orang bijak akan bercakap seperti engkau,ataupun membela dirinya dengan kata-kata yang tidak bermakna.

4. Engkau menawarkan hati orang yang takut kepada Allah;engkau menghalang mereka berdoa kepada-Nya.

5. Kata-katamu membuktikan bahawa engkau bersalah,tetapi kejahatanmu engkau tutup dengan kata-kata licik.

6. Tidak payahlah aku menyalahkan engkau;engkau telah disalahkan oleh setiap katamu sendiri.

7. Adakah engkau berfikir bahawa engkau orang yang pertama dilahirkan?Adakah engkau hadir ketika gunung diciptakan?

8. Adakah engkau mendengar rancangan yang dibuat oleh Allah?Adakah engkau sahaja yang memiliki hikmat manusia?

26-27. Mereka sombong dan suka memberontak;dengan degil mereka mengangkat perisaidan tergesa-gesa melawan Allah.

Ayub 15