Ayub 15:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Kemudian Elifas menjawab,

2. “Cakap kosong, Ayub! Engkau bercakap kosong!

3. Tiada orang bijak akan bercakap seperti engkau,ataupun membela dirinya dengan kata-kata yang tidak bermakna.

4. Engkau menawarkan hati orang yang takut kepada Allah;engkau menghalang mereka berdoa kepada-Nya.

5. Kata-katamu membuktikan bahawa engkau bersalah,tetapi kejahatanmu engkau tutup dengan kata-kata licik.

6. Tidak payahlah aku menyalahkan engkau;engkau telah disalahkan oleh setiap katamu sendiri.

7. Adakah engkau berfikir bahawa engkau orang yang pertama dilahirkan?Adakah engkau hadir ketika gunung diciptakan?

26-27. Mereka sombong dan suka memberontak;dengan degil mereka mengangkat perisaidan tergesa-gesa melawan Allah.

Ayub 15