Ayub 13:6-18 Alkitab Berita Baik (BM)

6. Dengarlah aku menyatakan perkaraku.Perhatikanlah pembelaanku.

7. Bolehkah demi Allah, kamu berdusta?Bolehkah kamu berbohong demi kepentingan-Nya?

8. Adakah kamu cuba membela Allah?Adakah kamu hendak membela perkara-Nya?

9. Jika Allah memeriksa kamu, bolehkah Dia mendapati kebaikan pada dirimu?Dapatkah kamu menipu Allah seperti kamu menipu manusia?

10. Walaupun prasangka kamu tersembunyi,Dia akan menghukum kamu,

11. dan kuasa-Nya akan menakutkan kamu.

12. Pepatah kamu seperti abu yang tidak berguna;pembelaan kamu seperti tanah liat yang mudah pecah.

13. Diamlah, dan berilah aku peluang untuk berkata-kata,aku tidak peduli akan akibatnya.

14. Aku bersedia mempertaruhkan nyawa.

15. Biarlah Allah membunuh aku kerana aku sudah putus asa,namun aku akan membela perkaraku di hadapan-Nya.

16. Mungkin keberanianku akan menyelamatkan aku,kerana tiada orang jahat yang berani menghadap Allah.

17. Sekarang dengarlah baik-baik perkataanku,perhatikanlah penjelasanku.

18. Aku bersedia menyatakan perkaraku,kerana aku tahu bahawa tiada kesalahan padaku.

Ayub 13